SELEPAS 20 tahun menyumbang khidmat di Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan enam tahun dipinjamkan ke Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai Timbalan Presiden, Mustafar Ali, 51, mengisi kekosongan kerusi Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkuatkuasa 1 Mac 2010. Ikuti temubual wartawan Berita Harian, NORFATIMAH AHMAD dengan anak kelahiran Banting, Selangor berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Perundangan Kriminologi Universiti New Haven, Amerika Syarikat.