| Subcribe via RSS

Cabaran urus masyarakat majmuk: PM

April 6th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak meminta penjawat awam komited bagi menghadapi cabaran untuk menguruskan negara berbilang kaum, budaya dan agama yang fikiran rakyatnya semakin kritikal dan lebih canggih dari segi jangkaan serta harapan terhadap kerajaan.

Pelaksanaan PTE diumum dalam masa terdekat

April 6th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (PTE) dalam masa terdekat dengan menjadikan sektor awam dan swasta sebagai ‘kenderaan’ utama memacu ekonomi negara ke tahap lebih memberangsangkan.

Kenaikan tol dibenar jika ada jalan alternatif

April 6th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerjaraya mencadangkan supaya kenaikan kadar tol bagi lebuh raya hanya dibenarkan bagi laluan yang mempunyai jalan alternatif, manakala pemegang konsesi lebuh raya dalam bandar diberikan opsyen lain supaya tidak membebankan pengguna.

Pendidikan formal aliran agama diterima

April 6th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
CADANGAN Malaysia dan empat negara Islam lain untuk mengemukakan usul memasukkan pendidikan formal aliran agama dalam pendidikan aliran perdana global pada mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) ke-184 di sini, diterima oleh negara maju dan Afrika yang sebelum ini membantahnya.

Perompak nekad tembak rakan

April 6th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
KUALA LUMPUR: Seorang perompak bertindak nekad menembak mati rakannya yang cedera terkena tembakan pengawal keselamatan dalam satu rompakan kedai emas di Wisma OUG, Jalan Klang Lama di sini, semalam.

Cuepacs sokong tuntutan Najib

April 6th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
KUALA LUMPUR: Cuepacs memberi jaminan 1.2 juta penjawat awam di negara ini akan bersama kerajaan bagi menyokong inisiatif menjadikan Malaysia sebagai negara ekonomi berpendapatan tinggi.

Kakitangan TM dapat bonus 1.7 bulan gaji

April 6th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
KOTA KINABALU: Telekom Malaysia Berhad (TM) mengumumkan bonus 1.7 bulan gaji kepada 16,240 kakitangan bukan eksekutifnya bagi tahun lalu yang akan dibayar menerusi gaji bulan ini.

Sekolah, hospital dibina di Padang hasil kutipan Tabung Bencana NSTP

April 6th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah dan hospital akan dibina di kawasan yang ditimpa bencana tanah runtuh di Padang, Indonesia tahun lalu dengan sumbangan yang diterima melalui Tabung Bencana The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP).

‘Kekalkan MIC bertanding’

April 6th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
TELUK INTAN: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerusi Parlimen Hulu Selangor harus dikekalkan kepada wakil MIC kerana sudah lama diperuntukkan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Rosmah deklamasi puisi ‘Menapak Ke Puncak’

April 6th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi menunjukkan bakatnya dengan mendeklamasikan puisi bertajuk ‘Menapak Ke Puncak’ pada majlis Malam Puisi Korporat Prihatin 1Malaysia di Auditorium Dewan Bandar Raya, Kuala Lumpur, malam tadi.

‘1Malaysia bukan idea dari luar’

April 5th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
KUALA LUMPUR: Idea Gagasan 1Malaysia adalah cetusan percambahan fikiran Datuk Seri Najib Razak bersama pelbagai kumpulan ke arah mewujudkan wadah baru untuk memperkukuhkan perpaduan nasional.

Muhyiddin umum calon BN Hulu Selangor 15 April

April 5th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
SEPANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dijangka diumumkan pada 15 April ini.

Ibu dalam pantang, bayi maut nahas dua kereta

April 5th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
GUA MUSANG: Tiga sekeluarga termasuk seorang ibu dalam pantang bersama bayinya berusia 26 hari terbunuh, manakala empat lagi parah dalam kemalangan dekat Gua Sejuk di sini, tengah hari semalam.

Keluarga baru adakan majlis kenduri bercukur

April 5th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
GUA MUSANG: Kemalangan meragut nyawa sepasang suami isteri bersama bayi mereka berusia 26 hari dekat Gua Sejuk di sini pagi semalam, merentap kegembiraan seluruh keluarga yang baru mengadakan majlis bercukur pada Jumaat lalu.

Warga emas dibelasah isu buang sampah meninggal

April 5th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
KOTA BHARU: Seorang warga tua mati selepas kira-kira tiga hari dalam keadaan kritikal akibat dibelasah dua individu termasuk menantu jirannya, disebabkan perselisihan berhubung sampah yang dibuang di tepi jalan.

Keluarga dua beranak maut H1N1 dikuarantin

April 5th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
JASIN: Keluarga dua beranak yang meninggal dunia selepas disahkan dijangkiti wabak Influenza A (H1N1) kelmarin, dikuarantin sementara di rumah mereka di Batu 14 Jalan Jasin, Merlimau dekat sini, bagi mengelakkan wabak itu merebak.

Ali Rustam saran swasta labur MEB

April 5th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
KUALA LUMPUR: Bagi menjayakan dasar Model Ekonomi Baru (MEB), sektor swasta disaran melabur di dalam negara sendiri demi menjana ekonomi negara ke arah yang lebih baik sekali gus dapat membela nasib rakyat.

Suntikan vaksin percuma kurang dapat sambutan: Liow

April 5th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
KUALA LUMPUR: Sikap suka tunggu dan lihat terutama di kalangan kumpulan berisiko terhadap jangkitan Influenza A (H1N1) iaitu pesakit kronik, obesiti dan wanita hamil untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mencegah penyakit berkenaan, boleh meningkatkan risiko penularan wabak yang lebih serius.

Pemenang ABPBH dedikasi anugerah untuk Din Beramboi

April 5th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
GENTING HIGHLANDS: Pemenang pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 yang berlangsung dalam suasana cukup meriah di Arena All Stars, Genting Highlands, di sini, malam tadi, mendedikasikan kemenangan mereka kepada penyampai radio dan pelawak terkenal, Din Beramboi, yang meninggal dunia Jumaat lalu.

Pilihan raya umum ujian sebenar

April 5th, 2010 | No Comments | Posted in 1.Berita Harian
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) mahu memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor, tetapi keputusannya kelak bukan ukuran sebenar sokongan kepada kerajaan.